Kesan pandemik coronavirus disease (Covid-19) terhadap arkib awam di Malaysia: suatu tinjauan awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6 (37). pp. 29-36. ISSN 0128-1755 (2021)
Abstract
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberikan kesan kepada pelbagai aspek kehidupan manusia. Malaysia juga tidak terkecuali dengan fenomena ini. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini dijalankan ialah untuk membuat tinjauan awal bagi mengetahui apakah kesan pandemik tersebut kepada arkib awam di Malaysia. Diharap dengan mengetahui kesan tersebut, ia akan menjadikan masyarakat Malaysia amnya dan petugas-petugas yang dipertanggungjawap mengurus arkib awam khususnya lebih bersedia menghadapi sebarang ancaman pandemik penyakit yang boleh menganggu kelancaran usaha mengurus khazanah negara yang tidak ternilai ini. Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik menggunakan pendekatan ulasan karya (literature review) untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik kajian. Media rujukan seperti suratkhabar, buku, media sosial seperti facebook, laman sesawang dan sebagainya digunakan. Hasil kajian mendapati sememangnya terdapat kesankesan tertentu terhadap arkib awam di Malaysia akibat daripada berlakunya penularan pandemik ini di Malaysia. Kesan-kesan tersebut dibincangkan satu persatu dalam artikelini.Diharap juga kajian ini akan menjadi pemangkin untuk para penyelidik menjalankan kajian tentang topik ini dengan lebih terperinci atau mendalam lagi pada masa hadapan demi untuk membantu memastikan arkib awam dapat terus dipelihara dan digunakan untuk tatapan generasi kini dan akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Arkib, Arkib Negara Malaysia, Arkib awam, Pandemik, Covid-19 |
Taxonomy: | By Subject > Information Management > Archives By Subject > Information Management > Record Management |
Local Content Hub: | Subjects > Information Management |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 14 Jun 2022 03:36 |
Last Modified: | 14 Jun 2022 03:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |