Kefahaman nilai etika dan moral pelajar di institusi pengajian tinggi: satu sorotan literatur. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 21. pp. 123-138. ISSN 2289-5183 (2020)
Abstract
Perkara yang harus ditekankan bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia adalah dengan memberi penekanan kepada aspek kefahaman yang jelas berkaitan nilai etika dan moral yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Ini bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan beriman, berakhlak mulia serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap dimensi nilai etika dan moral dari sudut keperluan dan mengenal pasti pelaksanaan kaedah penerapan nilai etika dan moral terhadap pelajar. Kajian ini merupakan kajian literatur melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Pengumpulan data diperoleh daripada penulisan ilmiah seperti tesis, disertasi, buku, jurnal, kertas kerja, seminar prosiding dan laman sesawang yang berautoriti. Hasil kajian menunjukkan nilai etika dan moral semakin tidak dititikberatkan dan memperlihatkan senario semakin terpinggir dalam kehidupan seharian khususnya dalam
kalangan pelajar. Implikasi kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan kepada organisasi yang terlibat dalam usaha mereka untuk membangunkan nilai etika dan moral ini
dalam memperkukuhkan sahsiah mahasiswa ketika di alam universiti sebelum mereka melibatkan diri ke alam pekerjaan kelak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kefahaman, Nilai, Etika, Moral |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 09 May 2022 07:40 |
Last Modified: | 09 May 2022 07:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |