Alliance Bank sasar tingkat urus niaga digital. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Alliance Bank Bhd menyasarkan memiliki lebih 50 peratus daripada jumlah transaksi perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dijalankan secara digital tahun ini. Ketua Pegawai Kumpulan Perbankan Korporat dan Transaksi, Jeff Tham, berkata setakat ini, kira-kira 45 peratus daripada transaksi perdagangan PKS yang beroperasi dalam pelbagai sektor terutama pembuatan, pemborong dan runcit dilaksanakan menerusi maya. "Sasaran ini dapat dicapai hasil pengenalan penyelesaian komprehensif kami iaitu BizSmart eTrade yang menjadi solusi yang cepat, ringkas dan mudah kerana kami faham bahawa proses penyerahan pembiayaan perdagangan tradisional biasanya mengambil masa yang lama," katanya kepada BH. BizSmart eTrade yang diperkenalkan Alliance Bank pada Julai 2020 adalah sebuah platform penyerahan pembiayaan perdagangan mudah alih pertama di Malaysia.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Perbankan mudah alih, BizSmart eTrade, Electronic commerce |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 May 2022 07:38 |
Last Modified: | 23 May 2022 07:38 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |