Lima sebab PKS masih ragu-ragu. [Newspaper] (2022)
Abstract
PENGGUNAAN pembayaran tanpa tunai terus mendapat tempat dalam kalangan pengguna dan perniagaan namun masih ada segelintir perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ragu-ragu dengan penggunaan pembayaran tanpa tunai. Berdasarkan kepada dapatan kaji selidik PayNet Digital Payments Insights Study 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, ada lima alasan utama yang menyukarkan PKS untuk menyediakan pembayaran tanpa tunai. Alasan utama adalah terlalu banyak jargon teknikal yang menyukarkan PKS menyediakan platform bersesuaian selain terlalu banyak kertas kerja atau dokumen yang perlu disediakan. Selain itu, proses permohonan yang panjang dan masa menunggu kelulusan yang lama turut menyukarkan usaha ini dilaksanakan. Malah, terdapat PKS yang keliru untuk memilih platform pembayaran digital bersesuaian kerana terlalu banyak pilihan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), e-dompet, Pembayaran tanpa tunai, Yuran transaksi |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 May 2022 08:25 |
Last Modified: | 23 May 2022 08:25 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |