Wujudkan entiti khas bantu wanita bangkit pasca pandemik

Wujudkan entiti khas bantu wanita bangkit pasca pandemik. [Newspaper] (2022)



Abstract

AMALAN norma baharu kehidupan dan cara bekerja ketika pandemik COVID-19 dilaporkan memberi kesan mendalam terhadap kesejahteraan hidup sebahagian besar pekerja, terutama wanita. Situasi ini digambarkan menerusi analisis 'International Labor Organization 2020' yang mendapati ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ia menjejaskan sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja global dan daripada jumlah ini, golongan wanita dilaporkan paling terkesan. Kesan semakin dirasai apabila ada dalam kalangan mereka diberhentikan kerja serta-merta atau terpaksa memilih untuk berhenti atas masalah peribadi sehingga memberi kesan terhadap kestabilan ekonomi dan emosi. Dalam konteks pendapatan misalnya, wanita tergolong dalam kelompok pekerja marginal dan berpendapatan tidak tetap dengan upah murah adalah paling berisiko. Akses yang terhad kepada Skim Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjadikan mereka lebih mudah terkesan akibat PKP.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasca Covid-19, Pekerja wanita, Pekerja marginal, Memperkasakan wanita
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 23 May 2022 08:41
Last Modified: 23 May 2022 08:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item