Jenis-jenis seni kaligrafi arab sebagai hiasan di masjid-masjid daerah di Sabah

Jenis-jenis seni kaligrafi arab sebagai hiasan di masjid-masjid daerah di Sabah. Gendang Alam, 11 (2): 4. pp. 49-62. ISSN 2180-1738 (2021)



Abstract

Seni kaligrafi Arab atau seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam yang mempunyai kedudukan tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Masyarakat Islam di Sabah masih kurang mengetahui jenisjenis seni kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di negeri ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid daerah di Sabah. Kajian lapangan dijalankan seperti mengunjungi masjid-masjid dan mengambil gambar seni kaligrafi Arab menggunakan kamera yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Sebanyak 17 buah masjid daerah yang telah dikaji. Antara jenis-jenis kaligrafi atau khat utama yang dikenal pasti dalam masjid-masjid tersebut ialah Khat Thuluth (94.1 peratus), Khat Nasakh (5.8 peratus), Khat Dīwānī (5.8%) dan Khat Kūfī (5.8 peratus). Selain itu, terdapat juga khat tambahan seperti khat Ruq‘ah/Riq‘ah dan Khat Fārisī. Hasil kajian ini berjaya mencapai objektif yang dinyatakan dan pengetahuan jenis-jenis kaligrafi yang diperoleh dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam di Sabah.

Item Type: Article
Keywords: Seni, Kaligrafi, Arab, Jenis, Khat, Artbanks, Typography
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Typography
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 13 May 2022 08:05
Last Modified: 13 May 2022 08:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item