Bank digital tumpu PKS, pinjaman tak bercagar. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Penerima lesen bank digital dijangka memberi tumpuan dalam segmen mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pinjaman tidak bercagar dan tawaran produk pengurusan kekayaan terpilih dalam tempoh terdekat, demikian menurut penganalisis.RHB Research berkata, tumpuan dalam segmen berkenaan adalah sejajar dengan tujuan pemberian lesen bank berkenaan untuk menangani segmen yang kurang mendapat perkhidmatan. Katanya, kehadiran peserta bank digital dijangka tidak memberi gangguan serta merta kepada bank sedia ada memandangkan tempoh kesediaan operasi oleh penerima lesen bank berkenaan dijangka mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk selesai. Ia percaya, bank sedia ada yang sudah mengambil langkah pendigitalan operasi akan mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk menangkis potensi persaingan daripada peserta bank digital baharu itu.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Bank digital, Bank konvensional, Sistem kecerdasan buatan (AI) |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 May 2022 08:47 |
Last Modified: | 23 May 2022 08:47 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |