Kemunculan bank digital tidak gugat bank tradisional. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Lima bank digital baharu yang diumumkan baru-baru ini berkemungkinan akan mengambil alih peranan pasaran khusus dan tidak akan mengganggu sektor perbankan dalam jangka sederhana, demikian mengikut Fitch Ratings. Menurut agensi penarafan itu, pihaknya percaya setiap konsortium bank mempunyai persediaan lengkap dengan potensi untuk menjadi bank digital yang berdaya maju dalam jangka masa panjang. Katanya, kualiti termasuk pengiktirafan jenama pengguna yang luas, kredibiliti kukuh pemegang saham konstituen, dana yang banyak untuk membiayai pelaburan yang diperlukan dan kemungkinan adanya pengetahuan pengurusan. "Risiko pelaksanaan adalah besar, tetapi 'ramuan' untuk memasuki sektor ini sudah ada. Kami percaya bank digital mempunyai masa depan untuk jangka panjang di Malaysia, terutamanya dalam menangani pasaran khusus tertentu.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Bank digital, Pedagang e-dagang |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 May 2022 11:14 |
Last Modified: | 23 May 2022 11:14 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |