Suhaimi Ali dilantik jadi Pengarah CGC

Suhaimi Ali dilantik jadi Pengarah CGC. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melantik Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Suhaimi Ali sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu, berkuat kuasa 28 April 2022. CGC berkata, sebagai Penolong Gabenor BNM, Suhaimi bertanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan bank pusat."Beliau berkhidmat dengan BNM selama 24 tahun dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan teknologi maklumat serta di pejabat gabenor," katanya dalam kenyataan hari ini. CGC berkata, Suhaimi adalah ahli jawatankuasa pengurusan BNM, jawatankuasa risiko lembaga, jawatankuasa pengurusan krisis, jawatankuasa digital dan teknologi, jawatankuasa pembangunan kewangan, jawatankuasa kestabilan kewangan, jawatankuasa dasar bersama dan jawatankuasa pengurusan rizab.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Perancangan strategik, Recruitment and selection
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 23 May 2022 11:18
Last Modified: 23 May 2022 11:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item