Manuskrip Melayu Islam sebagai warisan kearifan tempatan: isu dan prospek masa depan

Manuskrip Melayu Islam sebagai warisan kearifan tempatan: isu dan prospek masa depan. E-Proceedings Of The International Conference On Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2021). pp. 1-37. ISSN 2821-3270 (2021)



Abstract

Manuskrip Melayu Islam merupakan warisan kearifan dan keintelektualan tempatan yang mempunyai ketinggian nilai keilmuannya. Sumbangan manuskrip sangat besar terutama dalam konteks sebelum muncul dan berkembangnya percetakan sebagai wasilah pengembangan ilmu dan maklumat. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji manuskrip Melayu sebagai khazanah kearifan tempatan bangsa Melayu yang menampilkan pandangan sarwa dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Kajian ini juga menganalisis isu cabaran dan masa depan kajian manuskrip Melayu Islam dari aspek analisis kandungan dan pengurusan manuskrip Melayu lama yang tersimpan di dalam dan luar Alam Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan kajian perpustakaan dan bahan sekunder seperti buku, artikel jurnal dan akhbar. Temubual bersama pakar juga dijalankan bagi menganalisis scenario isu dan cabaran kajian manuskrip Melayu Islam di Alam Melayu. Kajian ini menjangkakan untuk mencari titik temu dan ruang perbincangan untuk membina sinergi baru dalam mengaktifkan semula wacana kajian manuskrip Melayu Islam di Alam Melayu.

Item Type: Article
Keywords: Manuskrip Melayu Islam, Warisan, Kearifan, Keintelektual
Taxonomy: By Subject > Information Management > Record Management
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 17 May 2022 09:31
Last Modified: 17 May 2022 09:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item