Reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan dipengaruhi oleh adat dan kedaerahan

Reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan dipengaruhi oleh adat dan kedaerahan. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 15. pp. 113-136. ISSN 1675-3410 (2016)



Abstract

Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat adat perpatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri. Adat perpatih dan faktor kedaerahan telah mempengaruhi reka bentuk rumah tradisional ini. Namun keaslian konsep dan falsafah reka bentuk seni bina rumah ini sering dikatakan menyamai reka bentuk rumah adat di Minangkabau. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan menganalisis beberapa rumah yang terdapat di Sumatera Barat, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia. Kajian ini akan melihat kepada evolusi reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau. Lokasi kajian melibatkan beberapa buah kampung iaitu rumah-rumah tradisional di Padang, Bukit Tinggi, Kampar Kiri, di Sumatera Barat, Indonesia dan Rembau, Kuala Pilah, Tampin di Negeri Sembilan, Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Adat perpatih, Seni bina rumah, kedaerahan, Minangkabau, Rumah tradisional, Warisan
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 31 May 2022 08:27
Last Modified: 31 May 2022 08:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item