VWM 530 | warisan gurindam dua belas

VWM 530 | warisan gurindam dua belas. [Video] (2022)



Abstract

Vlog ini menceritakan tentang Gurindam Dua Belas iaitu puisi lama yang mengandungi nasihat-nasihat turun temurun yang boleh dijadikan pedoman hidup. Ia adalah sebuah karya sastera yang ditinggalkan oleh Raja Ali Haji. Raja Ali Haji adalah penasihat utama kepada sepupunya iaitu Yang Dipertuan Muda Raja Ali pada tahun 1845 sehingga 1857. Ketokohan beliau bukan sahaja dapat dilihat dalam bidang pentadbiran tetapi juga dalam bidang penulisan seperti buku sejarah dan puisi. Gurindam Dua Belas merupakan karya beliau yang terkenal,yang dikarang kira-kira dalam tahun 1846.

Ia digelar sebagai Gurindam 12 kerana karya tersebut terbahagi kepada 12 fasal. Dalam kandungan Gurindam 12 terdapat banyak mesej dan moral berupa rayuan dan nasihat yang boleh kita pelajari. Setiap fasal berunsur nasihat yang menyentuh jiwa dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Nak tahu tentang Gurindam Dua Belas dengan lebih lanjut? Mari tonton video ini.

Pengkaji:
Warda Zahirah Saifuddin
Nur Fatihah Mohamad Badli Shah
Nurwaliyah Afiqah Ridzwan

Penasihat projek:
Puan Azwin Aksan

Item Type: Video
Keywords: Heritage, Malay heritage, Gurindam
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 31 May 2022 09:22
Last Modified: 31 May 2022 09:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item