Cabaran pemeliharaan dan pemuliharaan manuskrip tempatan di Sarawak

Cabaran pemeliharaan dan pemuliharaan manuskrip tempatan di Sarawak. Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians, 7. pp. 1-12. ISSN 1823-6308 (2013)



Abstract

Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya dan warisan. Terdapat pelbagai kaum dan bangsa yang mana setiap daripadanya mempunyai budaya dan warisan turun temurun yang tersendiri. Manuskrip merupakan satu tinggalan warisan zaman berzaman yang mempunyai nilai estetika yang amat tinggi di dalam masyarakat. Masyarakat terdahulu menggunakan manuskrip bagi menyampaikan pelbagai isu dan cerita. Justeru, langkah pemuliharaan ke atas manuskrip-manuskrip yang ada amatlah penting demi kemakmuran generasi yang akan datang. Pemeliharaan manuskrip juga dilihat sebagai satu keperluan untuk memastikan kelangsungan maklumat dan sejarah warisan tempatan dapat dikekalkan. Kertas kerja ini membincangkan sejauh mana aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan telah dilakukan ke atas manuskrip-manuskrip yang terdapat di Sarawak. Kertas kerja merupakan hasil tinjauan kepada isu-isu yang menjadi halangan di dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan manuskrip yang ada. Kertas kerja ini turut melihat manuskip sebagai salah satu sumber yang amat penting dalam melestarikan warisan dan budaya dan seterusnya akan dapat memperkasakan bangsa di dalam sesebuah negara.

Item Type: Article
Keywords: Manuscripts, Preservation, Conservation, Sarawak
Taxonomy: By Subject > Information Management > Archives
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 10 Jun 2022 08:08
Last Modified: 10 Jun 2022 08:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item