Kesan media sosial terhadap pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi. Jurnal Sains Sosial, 3 (1). pp. 37-50. ISSN 2600-8068 (2018)
Abstract
Peningkatan jumlah pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat. Dengan sistem komunikasi dan penerimaan maklumat yang telah berubah secara atas talian terutama media sosial maka penting bagi pihak IPT untuk meningkatkan aksesibiliti melalui penggunaan media sosial. Medium ini menjadi perantara utama masa kini disebabkan oleh ciri-cirinya yang interaktif dan multimedia. Justeru itu, kajian ini mengkaji kesan media sosial terhadap pemilihan ke IPT dari perspektif Teori Tingkah laku Dirancang (TTD) melalui survei ke atas 407 pelajar IPT. Hasil kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara konstruk TTD seperti niat tingkah laku, norma subjektif dan faktor kawalan tingkah laku dengan pemilihan ke IPT, namun dengan kekuatan sederhana. Kajian ini menyumbang kepada idea baharu faktor pemilihan ke IPT. Selain faktor ekonomi keluarga dan perolehan maklumat dari media sosial, sokongan sosial daripada netizen juga memberi impak kepada tindakan pemilihan ke IPT.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Social Media, Communication, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Faktor pemilihan ke IPT, Social media advertisement |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Sociology By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 03 May 2021 07:11 |
Last Modified: | 03 May 2021 07:11 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |