Analisis manuskrip Sayr Al-Salikin ila ،Ibadah Rabb Al-،Alamin karya Shaykh ‘Abd Al-Samad Al-Falimbani di Perpustakaan Negara Malaysia

Analisis manuskrip Sayr Al-Salikin ila ،Ibadah Rabb Al-،Alamin karya Shaykh ‘Abd Al-Samad Al-Falimbani di Perpustakaan Negara Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 22 (3). pp. 166-186. ISSN 2289-6325 (2021)



Abstract

Manuskrip Sayr al-Salikin ila ،Ibadah Rabb al-،Alamin telah disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa repositori manuskrip Melayu sama ada di rantau Alam Melayu mahupun di Barat. Walaupun begitu, orang ramai masih tidak mengetahui tentang keberadaan dan jumlah sebenar naskhah-naskhah Sayr al-Salikin. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjejaki dan menganalisis manuskrip Sayr al-Salikin yang terdapat di Malaysia, khususnya Perpustakaan Negara Malaysia.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpulkan data berbentuk dokumen. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil mendapati sebanyak 48 naskhah awal Sayr al-Salikin telah dijaga dengan baik dan masih boleh diakses oleh para pengkaji di Perpustakaan Negara Malaysia.
Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai keseluruhan 48 buah manuskrip Sayr al-Salikin dan statusnya (9 lengkap dan 39 tidak lengkap) yang berada di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Shaykh ،Abd al-Samad al-Falimbani, Sayr al-Salikin ،Ibadah Rabb al-،Alamin, Malay manuscripts, National Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia
Taxonomy: By Subject > Information Management > Archives
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 10 Jun 2022 08:17
Last Modified: 10 Jun 2022 08:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item