Prestasi kerja pustakawan dan reka bentuk kerja

Prestasi kerja pustakawan dan reka bentuk kerja. Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians, 11: 6. pp. 59-70. ISSN 1823-6308 (2017)



Abstract

Kajian berkaitan dengan prestasi dan reka bentuk kerja telah lama dikaji oleh para penyelidik dari pelbagai bidang. Di dalam bidang perpustakaan, prestasi pustakawan di ukur dengan menggunakan kaedah petunjuk prestasi utama. Indikator yang digunakan sewaktu penilaian petunjuk prestasi utama telah meminggirkan konsep reka bentuk kerja. Hal yang demikian telah menyebabkan prestasi pustakawan tidak dapat dikaji secara menyeluruh. Kertas kerja ini akan memberi pendedahan secara ringkas berkaitan dengan konsep kajian prestasi dan reka bentuk kerja. Objektif kertas kerja konsep ini adalah untuk mempromosikan konsep reka bentuk kerja sewaktu penilaian prestasi. Konsep reka bentuk kerja ini akan membantu pengurusan perpustakaan menilai prestasi Pustakawan dengan lebih menyeluruh. Ini akan membantu pengurusan perpustakaan untuk memaksimumkan tahap prestasi dan kompetensi pustakawan. Kertas kajian literatur ini akan memberi idea Pustakawan untukmempelbagaikan lagi kaedah
mengukur prestasi dan kompetensi. Secara kesimpulan, kertas kerja ini boleh dijadikan bahan rujuk kepada para penyelidik lain untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan konsep prestasi dan reka bentuk kerja

Item Type: Article
Keywords: Pustakawan, Prestasi, Reka bentuk Kerja, Kompetensi
Taxonomy: By Subject > Information Management > Library Science
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 14 Jun 2022 06:22
Last Modified: 14 Jun 2022 06:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item