Transformasi perkhidmatan perpustakaan di Malaysia

Transformasi perkhidmatan perpustakaan di Malaysia. [Website]



Abstract

15 Disember 2020 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus memperkasakan perkhidmatan digital perpustakaan bagi membudayakan amalan membaca kepada seluruh rakyat Malaysia.

YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berkata sejak perkhidmatan u-Pustaka ini diperkenalkan kepada rakyat Malaysia, keahlian u-Pustaka menunjukkan peningkatan setiap tahun. Sehingga 31 Oktober 2020, seramai 515,477 rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. Menurut beliau lagi, sehingga Oktober 2020, kandungan digital yang terdapat dalam u-Pustaka sebanyak 13.2 juta ini mengandungi 33,426 naskhah e-buku, 4,964 judul e-majalah, 6,429,103 artikel suratkhabar, 98,981 e-Jurnal dan 560,000 bahan e- pembelajaran yang telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Item Type: Website
Keywords: Perpustakaan Digital, Perkhidmatan digital perpustakaan, Perkhidmatan perpustakaan, u-Pustaka
Taxonomy: By Subject > Information Management > Digital Libraries
By Subject > Information Management > Library and Information Management
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Muhammad Azrul Ayob
Date Deposited: 14 Jun 2022 09:28
Last Modified: 14 Jun 2022 09:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item