Penggunaan media sosial dan hubungan tingkah laku yang dirancang terhadap pemilihan ke institusi pengajian tinggi

Penggunaan media sosial dan hubungan tingkah laku yang dirancang terhadap pemilihan ke institusi pengajian tinggi. Jurnal Sains Sosial, 2 (1). pp. 55-72. ISSN 2600-8068 (2017)



Abstract

Peningkatan pemilihan pelajar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan ramai golongan berpendidikan tinggi menjelang 2020. Oleh itu, wujud strategi pemasaran ke IPT bagi meningkatkan pemilihan pelajar ke IPT melalui penggunaan media sosial, di mana medium ini menawarkan ciri-ciri interaktif dan multimedia untuk mendekati audien sasaran. Justeru itu, kajian ini mengkaji kesan media sosial terhadap pemilihan ke IPT dari perspektif Teori Tingkahlaku Dirancang (TTD) melalui survei ke atas 407 pelajar IPT. Hasil kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara konstruk TTD seperti niat tingkah laku, norma subjektif dan faktor kawalan tingkah laku dengan pemilihan ke IPT, namun dengan kekuatan sederhana. Kajian ini menyumbang kepada idea baharu faktor pemilihan ke IPT. Selain factor ekonomi keluarga dan perolehan maklumat dari media sosial, sokongan social daripada netizen juga memberi impak kepada tindakan pemilihan ke IPT.

Item Type: Article
Keywords: Social Media, Media, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Faktor pemilihan ke IPT, Social media advertisement
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Sociology
By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 03 May 2021 08:32
Last Modified: 03 May 2021 08:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item