Estetika dan makna motif anyaman ugam (tikar) masyarakat Lun Bawang

Estetika dan makna motif anyaman ugam (tikar) masyarakat Lun Bawang. Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni (Kupas Seni), 10 (SI). pp. 43-51. ISSN 2289-4640 (2022)



Abstract

Anyaman “ugam”(tikar) merupakan kraf tradisional masyarakat Lun Bawang yang tertua dan diwarisi turun temurun dari nenek moyang hingga kehari ini. Terdapat pelbagai jenis tikar masyarakat Lun Bawang. Antaranya ialah tikar sier, bebelit, layun, bulu dan wei. Jenis-jenistikar diistilahkan berdasarkan bahan utama yang digunakan. Tikar merupakan objek yang mempunyai fungsi yang pelbagai dalam masyarakat Lun Bawang. Kajian ini berfokus pada motif dan corak yang merupakan nilai tambah yang menjadikannya lebih menarik dan berwarnawarni. Kajian ini dilaksanakan di Daerah Lawas, Sarawak. Data kajian diperolehi melalui kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan teori Panofsky (1939) yang sering digunakan untuk mengkaji objek seni. Kajian ini mengenal pasti estetika dan makna motif. Berdasarkan dapatan kajian terdapat sembilan jenis motif utama yang terdapat pada anyaman tikar. Sumber ilham motif tikar diilhamkan dari alam semula jadi, bentuk geometri dan objek buatan manusia. Estetika motif tikar dianalisis berdasarkan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur motif. Kebanyakan motif dihasilkan secara translasi, imbangan simetri, kepelbagaian dan harmoni. Motif yang digunakan membawa maksud yang pelbagai yang boleh dikaitkan dengan kepercayaan animisme, budaya dan aktiviti harian masyarakat Lun Bawang.

Item Type: Article
Keywords: Motif, “Ugam”(tikar), Lun Bawang, estetika dan makna, Culture, Kraf tradisional
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 22 Jun 2022 08:36
Last Modified: 22 Jun 2022 08:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item