Elemen rekaan dan seni pada baju kurung masyarakat Melayu

Elemen rekaan dan seni pada baju kurung masyarakat Melayu. Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni (Kupas Seni), 10 (SI). pp. 78-89. ISSN 2289-4640 (2022)



Abstract

Baju Kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat di Alam Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya mengikut kepada adat dan anutan agama Islam yang sangat indah prinsipnya. Baju yang dipadankan bersama kain ombak beralun ini dipotong dari selembar kain yang ditenun kemudian ia dicantum semula dari beberapa kepingan kain yang dipotong berbentuk geometri yang mewujudkan rekaan satu pasang baju tradisional masyarakat Melayu yang indah serta unik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana setiap garisan yang membentuk Baju Kurung akan dirujuk, pemerhatian terhadap setiapnya dihubungkait bersama elemen rekaan dan seni.Kajian ini akan mentafsir kepada lima elemen terkait di dalam pembuatan pakaian Baju Kurung mengikut elemen yang terdapat di dalam potongan pakaian tradisional tersebut. Elemen rekaan dan seni yang dikaji adalah seperti garisan, rupa, bentuk, tekstur dan warna namun ia penelitian terhad terhadap penggunaan elemen yang ada pada Baju Kurung sahaja. Hasil dari dapatan data ini digunakan bagi mentafsir nilai dan fungsi yang terdapat di dalam Baju Kurung.

Item Type: Article
Keywords: Elemen, Seni dan rekaan, Baju Kurung, Alam Melayu, Budaya
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Textile Designs
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 22 Jun 2022 08:41
Last Modified: 22 Jun 2022 08:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item