Rekabentuk 3-dimensi dalam kesenian melayu tradisional. Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni (Kupas Seni), 10 (SI). pp. 1-11. ISSN 2289-4640 (2022)
Abstract
Kertas kerja ini adalah penelitian terhadap perkembangan seni arca dalam persekitaran sejarah dan kebudayaan Malaysia. Pembangunan rekabentuk seni 3-dimensi yang merentasi beberapa siri peralihan, telah menyaksikan pengalaman negara menempuh pelbagai transformasi politik, agama dan sosial bermula dari zaman prasejarah, kolonialisasi, dan era pasca merdeka sehingga hari ini. Rantaian ini menghubungkan faktor-faktor sejarah, fenomena dan budaya dalam pembentukkan seni arca. Penelitian terhadap budaya dan seni kolonial di era Hindu-Buddha, Barat dan Islām dan perkembangannya merupakan kronologi sejarah yang membawa inovasi dan pemikiran baru terhadap rekabentuk 3-dimensi dalam kesenian Melayu tradisional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesenian melayu tradisional, Arca, Rekabentuk 3-dimensi |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Fine Art By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 22 Jun 2022 08:51 |
Last Modified: | 22 Jun 2022 08:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |