Eksplorasi zat warna alami batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah

Eksplorasi zat warna alami batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah. Jurnal Kinabalu, 25. pp. 71-87. ISSN 2600-867X (2019)



Abstract

Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru, pelbagai metode dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang berpontensi dalam penghasilan warna dalam kegiatan batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara sistematik yang melibatkan proses awal sehingga akhir untuk mendapatkan eksperimen warna. Bahan-bahan dalam eksperimen ini melibatkan tekstil, bahan alam dan bahan penguncian (pemati) warna. Eksperimen ini melalui tiga tahap, iaitu bermula dengan proses mordanting, mengekstrak bahan alam dan penguncian warna (fixing). Penyelidik seterusnya menjalankan uji kaji terhadap zat warna tumbuhan terhadap kesan warna yang terhasil pada tesktil (kain). Bahan penguncian (pemati) warna yang digunakan adalah seperti tawas (Al2SO4), tunjung (FeSO4) kapur (CaCO3), sodium silicate, daun betik dan limau nipis. Penyelidikan melalui Research and Development (R&D) diusahakan untuk membantu penyelidik dan penggiat seni agar mengetahui sejauh mana tahap kualiti warna alami dalam kajian ini dapat dijadikan produk yang berpotensi dalam bidang pewarnaan.

Item Type: Article
Keywords: Warna alam, Tekstil, Batik, Penguncian warna, Etnik
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Textile Designs
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 28 Jun 2022 02:17
Last Modified: 28 Jun 2022 02:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item