Artifak budaya masyarakat Iban: warisan dan pusaka. Jurnal Kinabalu, 26 (1). pp. 59-71. ISSN 2600-867X (2020)
Abstract
Masyarakat Iban di Sarawak kaya dengan pelbagai warisan dan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang mereka. Kebudayaan Iban terdiri dari dua aspek yang berbeza iaitu ‘Warisan’ dan ‘Pusaka’. Warisan adalah merujuk kepada kemahiran tradisi, kepercayaan dan estetika seni dalam budaya yang ditinggalkan oleh Petara (Tuhan) kepada masyarakat Iban, manakala Pusaka adalah lebih kepada pemilikan individu dan bersifat materialistik semata. Namun demikian, kedua-dua elemen ini mempunyai signifikan yang sangat penting dalam budaya Iban hingga hari ini. Makalah ini memfokuskan kepada artifak budaya masyarakat Iban dan mengklasifikasikan terma warisan dan pusaka. Kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu kolektif memori dan temu bual bersama pakar budaya Iban digunakan sebagai metode utama kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Adat, budaya, Iban, Pusaka, Sarawak, Warisan |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 28 Jun 2022 02:26 |
Last Modified: | 28 Jun 2022 02:26 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |