Permintaan pinjaman dijangka terus meningkat. [Newspaper] (2022)
Abstract
PETALING JAYA: Permintaan pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik dijangka terus meningkat, meskipun terdapat peningkatan dalam kadar faedah. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, peningkatan permintaan itu didorong oleh sektor ekonomi negara yang semakin memberangsangkan dan kenaikan harga komoditi utama, minyak, gas serta sawit. “Peningkatan dalam kadar faedah pasaran, rentetan dari kadar dasar semalaman (OPR) yang meningkat sebanyak 25 mata asas, dijangka hanya memberikan kejutan kecil dan sementara.
“Kadar faedah bersih atau perbezaan antara kadar faedah ditawar untuk pinjaman (pendapatan bank) dan kadar faedah ditawar untuk tabungan (liabiliti bank) yang dibayar oleh bank juga dijangka semakin tinggi dan bakal memberikan keuntungan yang lebih baik kepada institusi perbankan di Malaysia.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pinjaman konvensional, Kadar faedah, Kewangan Islam, Kadar dasar semalaman (OPR) |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Finance |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Jul 2022 09:40 |
Last Modified: | 07 Jul 2022 09:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |