UMS lahirkan 6 pakar sulung kesihatan awam

UMS lahirkan 6 pakar sulung kesihatan awam. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakar sejarah tersendiri dalam bidang kesihatan awam berikutan kejayaan sulungnya melahirkan enam doktor pakar kesihatan awam pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-23 yang bermula hari ini hingga lusa. Kejayaan itu diumumkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS pada majlis pembukaan majlis konvokesyen berkenaan di Dewan Canselor UMS, di sini, hari ini. Tun Juhar berkata, mereka adalah graduan sulung Program Pascasiswazah Kesihatan Awam (DrPH) yang diperkenalkan di bawah Fakulti Perubatan dan Kesihatan Awam (FPSK) UMS pada 2018. "DrPH UMS yang berada pada tahap lapan mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) menerima pendaftaran pertama pelajarnya pada September 2018 dan pada hari ini akhirnya UMS melahirkan enam doktor pakar kesihatan awam untuk Malaysia," katanya. Selain pakar kesihatan awam, UMS turut melakar sejarah baharu dalam bidang pengajian Islam apabila turut melahirkan graduan sulung Fakulti Pengajian Islam (FIS). Pada Majlis Konvokesyen itu, seramai 27 pelajar pertama Pengajian Islam menerima ijazah masing-masing daripada Tun Juhar.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kesihatan awam, Doktor pakar
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nursing
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:09
Last Modified: 28 Jun 2022 04:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item