Covid-19: waspada dengan varian baharu

Covid-19: waspada dengan varian baharu. [Newspaper] (2022)



Abstract

SIBU: Masyarakat diminta terus berhati-hati meskipun negara sudah berada dalam fasa peralihan ke endemik Covid-19. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee berkata, pematuhan SOP hendaklah terus diterapkan sepanjang masa. Menurutnya, wabak Covid-19 kini mempunyai varian baharu yang masih lagi menjadi kebimbangan. “Teruskan mematuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan. Ini dapat melindungi diri serta orang lain. “Wabak ini sudah mempunyai varian baharu yang sudah muncul dalam kehidupan kita,” katanya kepada media semasa menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan Frontliner Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu di sini, malam semalam. Tiang berkata, masyarakat masih lagi perlu berhati-hati dengan varian baharu wabak tersebut dalam melindungi semua orang. Dalam ucapannya, Adun Pelawan itu berkata, APM kini terkenal sebagai jabatan yang mempunyai peranan penting dalam pengurusan bencana dan kecemasan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Wabak, Penularan, Pematuhan SOP, Communicable disease
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Environmental Health
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Aug 2022 01:48
Last Modified: 24 Aug 2022 01:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item