SELPHAC perkukuh agenda kesihatan awam Selangor

SELPHAC perkukuh agenda kesihatan awam Selangor. [Newspaper] (2022)



Abstract

SHAH ALAM – Agenda kesihatan awam di Selangor diperkukuhkan menerusi penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC). Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penubuhan organisasi itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 April lalu. Beliau yang juga Penaung SELPHAC memberitahu, majlis itu berperanan membantu kerajaan negeri merancang, melaksana dan memantau program atau projek berkaitan kesihatan awam. “Selain itu, ia meningkatkan kesedaran dan tahap literasi di kalangan rakyat Selangor melalui cadangan polisi dan program. “SELPHAC juga berfungsi mengenal pasti isu kesihatan awam dan langkah penyelesaian selain memperluas fungsi ketua komuniti bagi membawa agenda komuniti sihat di negeri ini,” katanya ketika melancarkan majlis itu di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kesihatan awam, Literasi kesihatan, Komuniti sihat, SELPHAC
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nursing
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:18
Last Modified: 28 Jun 2022 04:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item