Kes ILI jangkitan biasa, keadaan terkawal - Khairy

Kes ILI jangkitan biasa, keadaan terkawal - Khairy. [Newspaper] (2022)



Abstract

Rembau: Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster membabitkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan penyakit tersebut adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari semasa ke semasa selain pesakit hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri sahaja."Kes influenza ini akan bertambah dari semasa ke semasa sebab Perintah Kawalan Pergerakan dah tiada, kita mula kurangkan langkah kesihatan awam seperti penjarakan fizikal dan sebagainya, sudah pasti penyakit berjangkit meningkat. "Itu mungkin selama dua tahun lepas kes penyakit berkenaan menurun sebab kita dikurung di rumah dan ikuti langkah kesihatan awam tertentu, namun apa-apa pun ia masih lagi terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program saringan kesihatan Peka B40 di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penyakit Seperti Influenza (ILI), Kluster pelajar sekolah, Kesihatan awam, Penyakit berjangkit
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Environmental Health
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:21
Last Modified: 28 Jun 2022 04:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item