Kertas putih cadang penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy

Kertas putih cadang penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy. [Newspaper] (2022)



Abstract

PUTRAJAYA: Kertas Putih Kesihatan Malaysia akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang antara tugasnya menjadi badan bebas memantau, menasihati dan melaporkan status pelaksanaan reformasi sistem kesihatan kepada kerajaan, Parlimen dan orang ramai. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata cadangan itu untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang menjurus kepada perubahan struktur bagi mengukuh dan memastikannya kalis masa depan. Katanya, empat ruang yang memerlukan perubahan sedang dipertimbangkan iaitu kesaksamaan akses terhadap perkhidmatan kesihatan; kemampanan pembiayaan kesihatan; tadbir urus, penyeliaan dan akauntabiliti serta membawa kembali penjagaan kesihatan yang lebih menjurus kepada penjagaan pesakit. "Pemulihan sistemik terhadap pelan kesihatan awam sesebuah negara perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan ia kalis masa depan," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Suruhanjaya Reformasi Kesihatan, Penjagaan kesihatan, Pelan kesihatan awam
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nursing
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:27
Last Modified: 28 Jun 2022 04:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item