12 Orang Asli 'masuk' USM belajar ilmu perubatan. [Newspaper] (2022)
Abstract
GUA MUSANG: Seramai 12 penduduk Orang Asli di Pos Balar, di sini, terpilih mengikuti kursus rawatan asas dan perubatan jangka pendek di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan Kubang Kerian. Kursus selama tujuh hari itu akan dimulakan pada September nanti dan ia merangkumi tiga modul iaitu perubatan asas, pergigian serta rawatan luka. Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof Madya Dr Shaik Farid Abdull Wahab berkata, inisiatif untuk memberikan ilmu rawatan dan perubatan asas itu bagi menjadikan 12 penduduk dari suku kaum Temiar itu sebagai perawat asas untuk kira-kira 800 masyarakat Orang Asli di pos terbabit. Beliau berkata, kursus di bawah program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) 2022-2023 itu diharapkan dapat membantu masyarakat 10 kampung di Pos Balar sekiranya mengalami kecemasan sementara menunggu bantuan perubatan khusus tiba.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Rawatan asas, Perubatan khusus, Ilmu rawatan, Kesihatan awam |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Nursing |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 28 Jun 2022 04:30 |
Last Modified: | 28 Jun 2022 04:30 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |