Lebih 70 peratus kanak-kanak kurang zat makanan

Lebih 70 peratus kanak-kanak kurang zat makanan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Lebih 70 peratus kanak-kanak di empat negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia kekurangan nutrisi atau malnutrisi terutama kalsium dan vitamin D dalam diet seimbang sehingga boleh membantutkan tumbesaran serta perkembangan mereka dengan baik. Pada masa sama, kira-kira 84 peratus kanak-kanak di empat negara terbabit, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam juga tidak memenuhi keperluan purata vitamin D. Kekurangan nutrisi atau malnutrisi itu masih menjadi cabaran besar dalam perkembangan kesihatan kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara. Data itu diperoleh menerusi kajian dilakukan FrieslandCampina, antara 2019 dan 2021, yang diterajui universiti dan institusi penyelidikan di empat negara berkenaan membabitkan hampir 14,000 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Item Type: Newspaper
Keywords: Nutrisi, Malnutrisi, Diet seimbang, Tumbesaran, Perkembangan kesihatan
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:33
Last Modified: 28 Jun 2022 04:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item