Growthwell Foods, Country Farms Group lancar HAPPIEE!

Growthwell Foods, Country Farms Group lancar HAPPIEE! [Newspaper] (2022)



Abstract

PETALING JAYA: Syarikat perintis pemakanan berasaskan tumbuhan terkemuka di Singapura, Growthwell Foods dan Country Farms Group, sebuah entiti milik penuh Berjaya Corporation Berhad, mengumumkan usaha sama untuk pengedaran eksklusif. Usaha sama tersebut akan memberi hak eksklusif kepada Country Farm Organics Sdn. Bhd. yang dimiliki Country Farms Group untuk portfolio produk berasaskan tumbuhan dari Growthwell Foods iaitu HAPPIEE!, seterusnya memacu pelancaran jenama tersebut di seluruh saluran peruncitan dan perkhidmatan makanan di Malaysia. Produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! boleh didapati di cawangan-cawangan pasaraya AEON di semenanjung Malaysia menjelang akhir bulan ini. Jenama tersebut juga akan bekerjasama dengan beberapa restoran dan kedai makan ikonik di rantau ini untuk melancarkan hidangan-hidangan istimewa yang dihasilkan daripada produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE! pada tahun ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Produk makanan, Asas tumbuhan, Diet veganisme, Fleksitarian
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:46
Last Modified: 28 Jun 2022 04:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item