Teruskan amalan jaga kesihatan, kebersihan

Teruskan amalan jaga kesihatan, kebersihan. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sememang meningkat dengan drastik selepas pandemik COVID-19 walaupun pada peringkat awal, ramai agak sukar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan serta melaksanakan norma baharu. Bagaimanapun, kesedaran sama masih tidak berlaku dalam konteks penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis, sebaliknya sebahagian terus mengamalkan pemakanan tidak sihat termasuk mengandungi lemak, garam dan gula dalam kadar tinggi, selain kurang aktif dan tidak bersenam. Justeru, pemilihan Perangi COVID-19 & Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Dengan Makan Secara Sihat sebagai tema sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2022 sangat relevan dengan suasana pandemik dan endemik penyakit kronik tidak berjangkit kerana penghidapnya meningkat setiap tahun. Definisi sihat tidak terhad kepada kesihatan fizikal semata-mata, malah meliputi kesihatan mental dan sosial. Gaya hidup sihat menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bermaksud kita perlu melakukan amalan tertentu seperti menjaga pemakanan dan bersenam dalam mengurangkan risiko penyakit dan kematian.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penjagaan kesihatan, Gaya hidup sihat, Makanan seimbang, Kesihatan awam
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nursing
By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 28 Jun 2022 04:51
Last Modified: 28 Jun 2022 04:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item