Herbalife Nutrition, UiTM kongsi kepakaran pemakanan, sains sukan. [Newspaper] (2022)
Abstract
SHAH ALAM: Syarikat pemakanan global terkemuka Herbalife Nutrition menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mewujudkan kerjasama perkongsian pengetahuan berkenaan kepakaran pemakanan. Herbalife Nutrition diwakili Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin, manakala UiTM diwakili Penolong Naib Canselor (Pengantarabangsaan), Profesor Dr Shahriman Zainal Abidin.
MoU meliputi tempoh tiga tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya, bermatlamat untuk berkongsi ilmu dan kepakaran berkaitan pemakanan, sains sukan, serta pembangunan makanan dengan pelajar dan ahli akademik UiTM.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata sebahagian daripada objektif UiTM adalah menyediakan kemudahan pendidikan bertaraf dunia dan pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama Herbalife Nutrition untuk berkongsi ilmu mereka.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Kepakaran pemakanan, Perkongsian pengetahuan, Nutrition, Kesihatan Awam |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Nursing By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 28 Jun 2022 05:04 |
Last Modified: | 28 Jun 2022 05:04 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |