Mesej simbolik karya poster covid-19 dari Balai Seni Lukis Sabah. Jurnal Kinabalu, 27 (1). pp. 229-254. ISSN 2600-867X (2021)
Abstract
Sebuah karya poster bukan hanya sekadar paparan gambaran visual dan teks yang memiliki aspek-aspek keindahan ataupun hiburan. Namun, ia juga merupakan alat atau medium komunikasi bukan lisan yang dihasilkan oleh penciptanya untuk menyampaikan sesuatu berupa mesej kepada orang lain. Kajian ini cuba mendekati, memahami dan menjelaskan mesej dari satu siri karya poster COVID-19 dari Balai Seni Lukis Sabah yang diciptakan oleh Intan Munirah Hamzah mencakupi aspek struktur, isi dan fungsi dari mesejnya. Pendekatan kajian seni di mana asas-asasnya berasal dari pendekatan kualitatif menekankan pada sistem penjelasan yang bersifat deskriptif dan holistik telah digunakan, sekali gus dihubungkan melalui kerangka konseptual yang dibangun oleh konsep-konsep relevan sebagai bingkai acuan analisisnya. Hasil analisis menunjukkan bahawa karya-karya poster COVID-19 dari Balai Seni Lukis Sabah cuba mengutarakan mesej keselamatan diri dan pencegahan yang terkait dengan fenomena COVID-19 yang sedang melanda dunia pada masa kini. Struktur mesejnya menyampaikan isi mesej yang mewakili makna tentang adab kesopanan dan kesusilaan, sikap pematuhan dan juga kebijaksanaan fikiran ketika semua orang dituntut untuk mengamalkan beberapa langkah keselamatan dan pencegahan seperti kerap memakai topeng muka, kekal duduk di rumah dan kerap mencuci tangan. Siri karya poster ini bukan sahaja memainkan fungsinya secara informatif dalam memberikan maklumat tentang keselamatan diri dan langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi fenomena COVID-19, tetapi juga mengaktifkan fungsinya melalui ajaran nilai seperti nilai kesihatan, nilai kebersihan, nilai pengorbanan dan nilai norma sosial baharu agar pada akhirnya mendorong atau mengajak masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam menanggapi situasi pandemik berskala global ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mesej, Simbolik, Karya poster, COVID-19, Balai Seni Lukis Sabah |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Fine Art By Subject > Art & Design > Graphic Communication |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam) |
Date Deposited: | 18 Jul 2022 09:22 |
Last Modified: | 18 Jul 2022 09:22 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |