Evolusi pencahayaan dalam persembahan wayang kulit Kelantan

Evolusi pencahayaan dalam persembahan wayang kulit Kelantan. Gendang Alam, 1 (12): 8. pp. 113-130. ISSN 2180-1738 (2022)



Abstract

Pencahayaan memainkan peranan penting dalam persembahan wayang kulit Kelantan. Penggunaan lampu berfungsi sebagai medium utama untuk memancarkan bayang patung di permukaan kelir. Dalang bertanggungjawab memanipulasi bayang patung dengan narator dan aksi dramatik daripada cerita-cerita wayang kulit Hikayat Maharaja Wana. Kepentingan cahaya tidak tertumpu dalam persembahan semata-mata, tetapi mempunyai makna simbolik yang berhubungan dengan kepercayaan masyarakat. Persembahan wayang kulit Kelantan bertindak sebagai alat didikan sosial, menerapkan amalan kepercayaan agama, menyebarkan maklumat dan berfungsi untuk hiburan dalam masyarakat Melayu tradisional. Dalang bertanggungjawab dalam memastikan setiap aspek persembahan mematuhi amalan tradisi yang diwarisi daripada guru masing-masing. Namun, seiring dengan perkembangan zaman, berlaku kemerosotan terhadap kumpulan persembahan dan dalang yang melakukan persembahan kerana evolusi dalam masyarakat. Oleh itu, para pengamal seni persembahan wayang kulit Kelantan kini perlu beradaptasi dengan keadaan semasa bagi memancing minat generasi kini bagi memastikan kelangsungannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemungkinan wujud evolusi dalam pencahayaan melibatkan jenis lampu, pengendalian dan penyelenggaraan pencahayaan, tanggungjawab dalang dalam pencahayaan dan simbolik dalam pencahayaan. Hal ini berupaya menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi evolusi tersebut dan membuktikan usaha para pengamal meneruskan tradisi kesenian wayang kulit Kelantan. Penyelidik menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melibatkan pemerhatian dan wawancara bersama lapan orang dalang yang membuat persembahan selama 12 minggu di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan. Dokumentasi data turut menggunakan rakaman video dan foto. Hasil kajian mendapati evolusi yang berlaku dalam pencahayaan wayang kulit Kelantan dipengaruhi oleh tuntutan penonton dan perkembangan teknologi. Proses adaptasi melibatkan pengubahsuaian, pengolahan dan penghilangan unsur-unsur tradisional yang tidak relevan khususnya simbolik kepercayaan telah dilakukan demi kelangsungan persembahan.

Item Type: Article
Keywords: Wayang kulit Kelantan, Pencahayaan, Evolusi, Teater tradisional, Reka bentuk persembahan
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Fauzi Badiran (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 20 Jul 2022 05:14
Last Modified: 20 Jul 2022 05:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item