Sumbangan manuskrip Melayu Lama kepada peradaban bangsa

Sumbangan manuskrip Melayu Lama kepada peradaban bangsa. PENDETA, 11 (2). pp. 7-17. ISSN 1823-6812 (2020)



Abstract

Manuskrip Melayu lama menjadi salah satu khazanah yang penting bagi bangsa Melayu. Ia menampilkan pandangan sarwa yang berkaitan dengan sistem kepercayaan atau agama, falsafah, ketatanegaraan, undang-undang, perubatan tradisional, kesenian, persenjataan, dan aspek-aspek lain peradaban bangsa. Kini, terdapat lebih 20,000 buah manuskrip Melayu lama yang bertebaran di pelbagai benua, iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika, dan Oceania, yang meliputi 28 buah negara sedunia. Sebahagian besarnya tersimpan di luar alam Melayu akibat penjajahan dan juga minat besar sarjana asing terhadap peradaban Melayu. Akses kepada kebanyakan manuskrip Melayu lama menjadi lebih mudah kini dengan terhasilnya edisi digital dan wujudnya portal-portal yang merekodkan manuskrip Melayu lama. Terdapat kekurangan analisis kandungan yang dilakukan terhadap manuskrip tersebut, sehingga manuskrip Melayu lama lebih dihargai sebagai artifak dan tinggalan barang lama. Sampai saatnya dilakukan kerja secara bersinergi dalam kalangan pakar, institusi, dan negara untuk mengangkat kandungan kearifan setempat yang terdapat dalam manuskrip Melayu lama. Ianya akan menjadi sumbangan peradaban Melayu kepada peradaban sejagat dan untuk menjadi salah satu asas perencanaan pembangunan semasa dan masa muka.

Item Type: Article
Keywords: Manuskrip Melayu lama, Peradaban, Artifak dan sarwa
Taxonomy: By Subject > Information Management > Record Management
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 18 Jul 2022 02:31
Last Modified: 18 Jul 2022 02:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item