Jadikan perpustakaan sebagai ‘rumah kedua’. [Newspaper] (2021)
Abstract
HAMPIR 10 tahun rasanya penulis tidak berkunjung ke perpustakaan selepas kali terakhir menjejakkan kaki di pusat ilmu itu ketika masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) suatu ketika dahulu. Namun, baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk mengunjungi sebuah perpustakaan untuk mendapatkan keselesaan membuat kerja ketika pejabat melaksanakan perintah ‘bekerja dari rumah’ selama dua minggu. Lengang, sunyi dan seakan-akan mati. Itulah gambaran yang dapat penulis simpulkan tentang keadaan dan suasana di perpustakaan tersebut, berbeza dengan waktu ketika zaman penulis masih di bangku sekolah. Penulis tertanya-tanya juga, masyarakat hari ini enggan lagi mengunjungi perpustakaan kerana kemajuan teknologi maklumat yang semakin pesat atau ada kaitannya dengan situasi Covid-19? Seorang mahasiswa jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohammad Isa Mohd. Yusof, 27, ketika ditemui mengakui tidak berminat untuk ke perpustakaan kerana lebih mudah mencari maklumat melalui internet.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perpustakaan, Pengguna perpustakaan, Pencarian maklumat, Sumber digital |
Taxonomy: | By Subject > Information Management > Library and Information Management |
Local Content Hub: | Subjects > Information Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 26 Aug 2022 09:31 |
Last Modified: | 26 Aug 2022 09:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |