Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran

Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, 14. pp. 59-68. ISSN 0128-273 (2011)



Abstract

Pengambilan diet seimbang merupakan keperluan yang amat penting bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Beberapa persoalan tentang pemakanan seperti apa yang dimakan, bila dimakan, berapa kerap makanan diambil dan tempat premis makanan haruslah dititikberatkan. Malah kesedaran tentang kualiti makanan dan pola makan juga mempengaruhi mental dan fizikal seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan membincangkan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan persepsi mereka terhadap amalan pemakanan yang betul. Kertas ini adalah berdasarkan kajian yang melibatkan sejumlah 102 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dari pelbagai fakulti di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang baik mengenai aspek pemakanan yang betul dan sihat. Namun, dari segi amalan pemakanan, kajian mendapati terdapat beberapa keralatan seperti meninggalkan waktu bersarapan pagi, makan lewat malam serta makan makanan yang ringkas dan
tidak seimbang.

Item Type: Article
Keywords: Diet seimbang, Makanan sihat, Gaya hidup sihat, Kualiti makanan, Pelajar universiti
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jul 2022 07:35
Last Modified: 20 Jul 2022 07:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item