38 dari 100 orang dewasa hadapi masalah kolesterol tinggi

38 dari 100 orang dewasa hadapi masalah kolesterol tinggi. [Newspaper] (2022)



Abstract

Kota Bharu: Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang banyak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung dan angin ahmar. Pensyarah Kanan Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019, mendapati masalah kolesterol darah tinggi dalam kalangan orang dewasa di Malaysia ialah seramai 38.1 peratus bersamaan dengan 38 bagi setiap 100 orang. Katanya, kolestrol dalam tubuh manusia terdiri daripada dua sumber iaitu sumber makanan (lebih kurang 20 hingga 30 peratus daripada jumlah kolesterol) dan melalui sumber yang dihasilkan sendiri dalam tubuh oleh organ hati (lebih kurang 70 hingga 80 peratus).

Item Type: Newspaper
Keywords: Kesihatan awam, Masalah kesihatan, Kolesterol darah tinggi, Lemak tepu, Amalan pemakanan, Diet
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nursing
By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Sep 2022 04:57
Last Modified: 06 Sep 2022 04:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item