Kolesterol punca sakit batu hempedu

Kolesterol punca sakit batu hempedu. [Newspaper] (2021)



Abstract

MAKANAN berkolesterol tinggi termasuk nasi kandar, nasi lemak dan roti canai menjadi antara punca utama penyakit batu karang hempedu dalam kalangan golongan dewasa di Malaysia. Kajian mendapati golongan berusia 60 tahun ke atas kerap mengalami penyakit itu. Bagaimanapun, proses pembentukan batu itu sudah bermula sejak individu berusia 40-an, namun ramai tidak menyedarinya kerana tidak bergejala. Kira-kira 16 peratus pesakit dalam kalangan wanita dewasa dan lima peratus lelaki dewasa menderita penyakit itu. Pakar Pembedahan Am dan Hepatobiliari UiTM Private Specialist Centre (UPSC) Prof Madya Dr Ahmad Ramzi, berkata penyakit batu karang hempedu lazimnya berlaku akibat proses ketepuan kolesterol. Katanya, kolesterol tepu menyebabkan pembentukan kristal kolesterol dan mengambil masa bertahun untuk terbentuk sebagai batu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kesihatan awam, Kolestrol, Batu karang hempedu, Kristal kolesterol
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Medical Lab Technology > Biochemistry
By Subject > Health Sciences > Nursing
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Sep 2022 04:37
Last Modified: 07 Sep 2022 04:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item