Bekerja dalam cuaca buruk, majikan boleh diambil tindakan

Bekerja dalam cuaca buruk, majikan boleh diambil tindakan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Hujan lebat diikuti ribut petir dan banjir kilat akibat ketidaktentuan cuaca sejak kebelakangan ini bukan sahaja menjejaskan kerja di lapangan termasuk tapak binaan tetapi juga mencetuskan risiko keselamatan pekerja.
Fenomena cuaca melampau yang ada kaitannya dengan perubahan iklim bukan perkara baharu dan banyak kajian menunjukkan kesannya semakin memburuk dan mampu mengundang bencana alam lebih kerap. Senario itu sudah tentu memerlukan semua pihak berwajib termasuk majikan memberi perhatian berat kepada keselamatan pekerja mereka di lapangan terutamanya ketika berdepan cuaca buruk, dan bukan mementingkan keuntungan serta membiarkan mereka terus bekerja. Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Mohd Anuar Embi memberitahu Bernama, majikan dan pekerja perlu sentiasa berwaspada terhadap situasi cuaca dan akur dengan prosedur operasi standard (SOP) kerja yang selamat seperti termaktub dalam peraturan, garis panduan dan perundangan berkaitan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Keselamatan pekerja, Kesihatan pekerjaan, Persekitaran pekerjaan, Cuaca buruk, Tapak pembinaan, OSHA
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Construction Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Sep 2022 05:18
Last Modified: 07 Sep 2022 05:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item