Perkukuh kerjasama tangani isu keselamatan makanan

Perkukuh kerjasama tangani isu keselamatan makanan. [Video] (2022)



Abstract

Malaysia dan Turkiye hari ini bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta stabil. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan Presiden, Recep Tayyip Erdogan sependapat bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat pandemik COVID-19 serta konflik Rusia-Ukraine. Justeru, beliau berkata, pelbagai langkah segera akan dilaksanakan kedua-dua negara bagi memastikan rantaian bekalan sentiasa mencukupi dan stabil. "Malaysia dan Turkiye akan tingkatkan perdagangan produk makanan dan akan terus menjalin kerjasama meliputi perkongsian maklumat serta pengalaman. "Pada masa sama, Malaysia dan Turkiye akan turut memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor makanan bagi meningkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan dan kelangsungan sekuriti makanan untuk berada pada tahap yang stabil," katanya dalam sidang media bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, di Ankara, hari ini yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen RTM.

Item Type: Video
Keywords: Hubungan antarabangsa, Perhubungan industry, Perdagangan produk makanan, Bekalan makanan, Keselamatan makanan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jul 2022 09:14
Last Modified: 26 Jul 2022 09:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item