Garis panduan program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan 2015

Garis panduan program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan 2015. Manual. Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. (2015)



Abstract

Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) telah dilancarkan pada tahun 1989 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf pemakanan kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun daripada keluarga miskin tegar. Dalam program ini, kanak-kanak yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan makanan untuk memastikan kebolehdapatan makanan mereka supaya dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang normal. Kanak-kanak terbabit juga akan diberi rawatan sekiranya menghidap sebarang penyakit. Selain itu, pemberian imunisasi, pendidikan kesihatan, penjagaan kebersihan diri dan persekitaran serta pengawasan yang rapi turut diberi perhatian.

Selain daripada masalah kebolehdapatan makanan itu sendiri, faktor sosio ekonomi yang menyumbang kepada masalah kekurangan zat makanan (KZM) juga diberi penekanan. Oleh itu, keluarga kanak-kanak yang mendapat bantuan makanan akan dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat sokongan yang berada di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Kerjasama pelbagai agensi adalah amat penting dalam memastikan kejayaan program ini. Bermula akhir tahun 2010, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP 1.0), Kementerian Kesihatan telah diberi tanggungjawab untuk memperluaskan PPKZM kepada kanak-kanak KZM daripada kalangan keluarga miskin tegar kepada keluarga miskin dan mudah miskin.

Item Type: Monograph (Manual)
Keywords: Kanak-Kanak, Pemakanan sihat, Kekurangan zat makanan (KZM), Berat badan
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 29 Jul 2022 08:59
Last Modified: 29 Jul 2022 08:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item