50 peratus ibu tak susukan badan selepas bayi 6 bulan

50 peratus ibu tak susukan badan selepas bayi 6 bulan. [Newspaper] (2022)



Abstract

SERI KEMBANGAN: Hampir 50 peratus ibu muda yang baru melahirkan bayi dilihat gagal meneruskan tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan berikutan kurang kesedaran mengenai manfaat jangka panjang penyusuan ibu untuk bayi. Pakar Sakit Puan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra (Andorra), Dr Khamsiah Muda, berkata berdasarkan pemerhatiannya kebanyakan ibu muda yang mendapatkan pemeriksaan selepas bersalin di hospital ini dilihat hanya bertahan selama sebulan penyusuan susu ibu sebelum memilih untuk mencampurkan dengan susu formula. Katanya, kebanyakan mereka tidak mampu berdepan dengan cabaran penyusuan itu antaranya kerana tiada motivasi untuk meneruskan penyusuan eksklusif dan tidak cuba mengatasi masalah di awal penyusuan itu. "Kebiasaannya bagi ibu muda ini, mereka tidak mempunyai pengetahuan bagaimana teknik penyusuan dengan betul, hisapan bayi dan kegagalan mengatasi pemikiran bahawa bayi mereka tidak kenyang," katanya pada program kempen penyusuan susu ibu di sini, baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Susu ibu, Antibodi, Makanan bernutrisi, Nutrien
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Sep 2022 08:30
Last Modified: 07 Sep 2022 08:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item