Garis panduan program community feeding

Garis panduan program community feeding. Manual. Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. (2015)



Abstract

Program Community Feeding (PCF) telah dilaksanakan mulai tahun 2013 di beberapa buah negeri. Program ini diwujudkan bagi memperkukuhkan pelaksanaan Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) yang telah dilancarkan pada tahun 1989 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf pemakanan kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun daripada keluarga miskin tegar. Program ini telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) National Key Result Area – Low Income Household (NKRA-LIH) Orang Asli bagi pelaksanaan tahun 2013 – 2015.
Program Community Feeding ini dilaksanakan melalui aktiviti pemberian makanan tambahan, Ready To Use Therapeutic Food (RUTF) dan bantuan bakul makanan yang sedia ada. Selain itu, program ini juga memperkasakan komuniti setempat melalui penglibatan sukarelawan bagi membantu pelaksanaan program. Program ini dijalankan di kawasan pedalaman yang mempunyai kes-kes kekurangan zat makanan yang tinggi seperti di kalangan kanak-kanak Orang Asli/ Pribumi. Inisiatif ini adalah hasil kejayaan pelaksanaan Program Community Feeding yang dijalankan sebelum ini di Pos Kemar di Daerah Hulu Perak

Item Type: Monograph (Manual)
Keywords: Kanak-kanak, Program pemulihan, Zat makanan, Makanan tambahan, Bakul makanan
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 01 Aug 2022 02:03
Last Modified: 01 Aug 2022 02:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item