Arkib Universiti Malaya: sejarah penubuhan dan perkembangan

Arkib Universiti Malaya: sejarah penubuhan dan perkembangan. Kekal Abadi, 34 (2). pp. 5-15. ISSN 0127-2578 (2016)



Abstract

Arkib merupakan nadi penting dalam sesebuah universiti. Ketiadaan arkib di dalam sesebuah universiti, bermaksud tiadanya satu lokasi berpusat yang dikhaskan untuk pengumpulan rekod dan dokumentasi yang mempunyai nilai dan sejarah berkaitan dengan universiti. Sejarah berkaitan dengan universiti juga mungkin sukar untuk dikesan semula sekiranya tiada pengurusan yang sistematik bagi memastikan kebolehcapaian semula kepada bahan yang berkaitan sekiranya diperlukan. Oleh yang demikian, peranan utama yang perlu dimainkan oleh arkib universiti adalah untuk memastikan bahan yang mempunyai nilai atau sejarah yang berkaitan dengan Universiti ini disimpan kekal secara sistematik bagi tujuan rujukan, pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan pada masa akan datang. Artikel ini akan menerangkan faktor yang mendorong kepada penubuhan Arkib Universiti Malaya, pembangunan koleksi bahan arkib dan fasa perkembangannya sejak ianya ditubuhkan sehingga kini.

Item Type: Article
Keywords: Arkib Universiti Malaya, Arkib universiti, Koleksi arkib, Sejarah Arkib Universiti Malaya
Taxonomy: By Subject > Information Management > Archives
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Muhammad Azrul Ayob
Date Deposited: 03 Aug 2022 09:03
Last Modified: 03 Aug 2022 09:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item