Ulasan penerbitan berilmiah secara sistematik: cabaran dalam melaksana analisis data raya (ADR) data bibliografik perpustakaan. Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians, 11. pp. 1-8. ISSN 1823-6308 (2017)
Abstract
Analisis data raya (ADR) telah menjadi satu kaedah baru yang memberi satu nilai tambah atau kelebihan bersaing bagi sesebuah organisasi. Terdapat beberapa isu dan permasalahan mengenai kaedah ini dan pengguna perlu mengenalpasti dan
memahami bagaimana keperluan kepada penggunaan data raya ini dapat diaplikasikan. Penilaian penyelidikan melalui penulisan penyelidik lain telah dilihat bagi mengenalpasti cabaran, peluang dan keperluan bagi melaksana ADR.
Kaedah melalui penilaian secara sistematik dari penulisan penyelidikan lain yang bersesuaian dari journal Scopus terpilih dilaksanakan. Secara keseluruhan terdapat sejumlah 29,563 artikel yang cenderung kepada data raya setelah dibuat pencarian, penilaian selanjutnya mendapati hanya 1,139 artikel jurnal yang didapati sesuai dengan penyelidikan yang hendak dibuat. Penilaian lebih lanjut
mendapati 884 artikel daripada persidangan dan jurnal yang membuat penyelidikan mengenai ADR dan perpustakaan secara menyeluruh. Sejumlah 43 artikel jurnal dari tahun 2012 hingga 2017 telah dipilih bagi membuat pencarian
dan melibatkan bidang sains komputer, sains sosial dan sains keputusan. Secara keseluruhannya, isu mengenai ADR telah banyak dibincang dan dibuat penyelidikan serta telah banyak penulisan berilmiah diterbitkan. Antara perkara yang menjadi isu utama dalam penyelidikan adalah ADR mampu dijadikan
sebagai kaedah analisis bagi membantu dalam memberi ruang kepada lebih pemahaman samada dari sudut ekonomi, membuat keputusan, peningkatan kualiti kerja dan banyak lagi kaedah baru.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Data raya, Analisis data raya, Sains perpustakaan, Data bibliografik |
Taxonomy: | By Subject > Information Management > Library and Information Management By Subject > Information Management > Library Science |
Local Content Hub: | Subjects > Information Management |
Depositing User: | Muhammad Azrul Ayob |
Date Deposited: | 03 Aug 2022 09:26 |
Last Modified: | 03 Aug 2022 09:26 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |