Pembelajaran berbantukan komputer menggunakan pendekatan bercerita dan permainan dalam perisian kursus akhlak islamiah

Pembelajaran berbantukan komputer menggunakan pendekatan bercerita dan permainan dalam perisian kursus akhlak islamiah. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang. (2015)



Abstract

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bukan perkara barn dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Peranan pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video di dalam teknologi multimedia menjadikan pengajaran lebih menarik, efektif, aktifdan menyeronokkan kerana ia melibatkan hampir semua sensori manusia. Justeru itu, penghasilan perisian kursus inimelaksanakan pendekatan bercerita dan permainan. Kedua-dua pendekatan ini adalali bersesuaian dengan pengajaran yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 9 tahun.
Model Reka bentuk pembangunan perisian kursus berdasarkan model Strategi Pengajaran Gagne’ (1988) [4] dan model ini telah diubahsuai dengan dibahagikan kepada dua bahagian mengikut pendekatan yang digunakan. Perisian kursus ini berkisar kepada aktiviti harian di rumah seorang kanak-kanak bernama Luqman. Perisian ini juga terbahagi kepada empat bahagian iaitu aktiviti pagi, tengahari, malam dan permainan. Hampir semua aktiviti ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara hidup Islam. Penghasilan perisian ini berlandaskan sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR iaitu Akhlak Islamiah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Software development, Perisian, Interactive multimedia
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 06 Jul 2021 01:13
Last Modified: 06 Jul 2021 01:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item