UNSPECIFIED, ed. Dasar pemakanan kebangsaan Malaysia 2.0. Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. ISBN 978-967-1959-81-7 (2021)
Abstract
Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia (DPKM) telah julung kalinya dirangka dan diluluskan oleh kabinet pada tahun 2003.Pada tahun 2019, dasar ini telah disemak semula dan diperkukuhkan selari dengan perubahan pesat dalam corak pengambilan makanan dan peningkatan beban berganda malpemakanan di Malaysia. Dasar ini beriltizam untuk mencapai, meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan masyarakat. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan status pemakanan,mengurangkan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan. Ia juga menyokong dan meningkatkan sistem makanan yang lestari bagi pemakanan yang sihat untuk masyarakat. Dasar ini akan menyepadukan, menggembleng tenaga dan menggerakkan strategi-strategi makanan dan pemakanan yang efektif melibatkan pelbagai pemegang taruh dari semua sektor. Visi DPKM adalah untuk mencapai kesejahteraan pemakanan untuk bangsa yang sihat. Sementara itu, misi dasar ini adalah untuk mengurangkan beban berganda malpemakanan serta meningkatkan sekuriti makanan dan pemakanan melalui sistem makanan yang lestari. Dasar ini juga bermatlamat untuk memperkukuhkan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan pelbagai sektor dalam program dan strategi yang spesifik dan sensitif kepada pemakanan. Tiga belas strategi telah dikenalpasti ke arah mencapai misi yang telah ditetapkan ini.
Item Type: | Book |
---|---|
Keywords: | Status pemakanan, Pengambilan makanan, Sekuriti makanan dan pemakanan, Malpemakanan |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Farleen Azrina Zamberi |
Date Deposited: | 26 Jul 2022 07:35 |
Last Modified: | 26 Jul 2022 07:35 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |